SIBU - Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya melanggar bahagian belakang jengkaut yang diparkir di Kilometer 30, Jalan Nanga Tutus dekat sini, malam Sabtu.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Sibu Andy Alie berkata, dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, mangsa Ingkoi Ledom, 58, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu kenderaan jenis Perodua Kenari itu.