Rumah terbakar, persiapan raya dua keluarga musnah

Iklan
Rosnin menunjukkan rumah yang hangus terbakar dalam kejadian di Kampung Parit Selangor, Pontian.

PONTIAN – Seramai 14 mangsa membabitkan dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Parit Selangor dekat sini musnah dalam kebakaran kira-kira jam 10.30 pagi Sabtu.

Mangsa, Md Farid Mahpul, 64, berkata, ketika kejadian, dia bersama isterinya Rosniwati Rosnin, 46, sedang menyiapkan tempahan juadah lauk raya bagi tradisi munjung.

Iklan
Iklan

"Saya menjerit meminta semua ahli keluarga keluar. Tiga orang anak, bapa mertua, Rosnin Ahmad, 89, dan kakak ipar, Hasnah Rosnin, 60, yang menghidapi penyakit buah pinggang sempat keluar dari rumah,” katanya ketika ditemui pada Ahad.

Sementara itu, mangsa Mohd Faisal Saidi, 38, bersyukur kerana isteri dan lima anaknya berusia antara enam hingga 14 tahun sempat keluar dari rumah ketika kejadian.

Iklan
Keadaan rumah yang hangus terbakar di Kampung Parit Selangor.

"Ketika itu, saya sedang bekerja sebagai pemandu lori di sebuah pasar raya. Isteri Siti Nor Faezah Kosnin, 37, dan anak-anak terdengar jeritan meminta mereka sekeluarga keluar dari rumah kerana berlaku kebakaran.

"Semua kelengkapan persekolahan anak-anak termasuk buku-buku teks dan baju raya turut terbakar," ujarnya.

Iklan

Menurut Mohd Faisal buat sementara waktu dia menumpang di rumah saudara sebelum mencari rumah baharu.

Md Farid menunjukkan juadah masakan bagi tempahan ‘munjung’ yang sedang disiapkan ketika rumahnya terbakar dalam kejadian di Kampung Parit Selangor pada pagi Sabtu.

Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba, Azhar Abdul Jalil berkata, dua buah jentera FRT dan sebuah jentera EMRS dari Balai Bomba Pontian dan Balai Bomba Pontian Baru dikejarkan ke lokasi kejadian bersama 19 anggota.

Jelasnya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!