Peruntukan: Pemuda Pas tuntut MB junjung titah Sultan Pahang

Iklan
Dewan Pemuda Pas Pahang menuntut Menteri Besar untuk menjunjung titah Sultan Pahang supaya kerajaan negeri menyalurkan peruntukan kepada pembangkang secara adil dan saksama. Gambar hiasan

KUANTAN - Dewan Pemuda Pas Pahang menuntut Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail untuk menjunjung titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya kerajaan negeri menyalurkan peruntukan kepada pembangkang secara adil dan saksama.

Ketua Pemudanya, Mohd Zarimi Abu Zih berkata, tindakan itu sekali gus mengiktiraf peranan pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

Iklan
Iklan

Beliau berkata sedemikian susulan penularan beberapa klip video yang memaparkan baginda bertitah mengenai perkara tersebut ketika Majlis Sambutan Nuzul Quran, Bacaan Yassin dan Tahlil Al Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar serta Perasmian Masjid Baharu Alor Akar, di sini pada Khamis.

"Baginda menitahkan peruntukan wajar diberikan kepada pembangkang untuk salur dan agihkan kepada rakyat yang memerlukan di kawasan yang mereka wakili.

Iklan

"Ini jelas tuntutan yang pembangkang selama ini selaras dengan apa yang baginda Sultan Pahang titah dan harapkan.

Ujar beliau, Menteri Besar Pahang dan juga barisan exco, wakil rakyat kerajaan perlu membuang sejauh-jauhnya politik lapuk dan dendam yang selama ini diamalkan lebih 60 tahun di negeri Pahang ini secara khususnya.

Iklan

"Kami juga mengingatkan Menteri Besar Pahang dan seluruh exco dan wakil rakyat daripada pihak kerajaan agar memberi hak kepada pembangkang.

"Ia sebagai mana yang tertakluk dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri dan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan pembangkang dapat melaksanakan fungsi mereka sebagai wakil rakyat yang sah di kawasan mereka wakili," tegasnya.

Jelas Zarimi, walaupun dalam keadaan disekat dan ditekan, wakil rakyat pembangkang di Pahang terus berkhidmat kepada rakyat.

"Sementelah jika diberikan peruntukan secara adil dan saksama semestinya akan memberi manfaat yang baik buat rakyat secara khususnya," tambahnya lagi.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28