SHAH ALAM - Majoriti pengundi ‘poll’ bertajuk ‘Adakah anda membeli baju raya pada tahun ini?’ di laman Instagram Sinar Harian memilih untuk membeli baju raya baharu tahun ini iaitu sebanyak 51 peratus daripada 429 responden.
Bagaimanapun, undian yang dibuka selama 48 jam bermula 29 Mac lalu turut menyaksikan 33 peratus daripadanya memilih untuk tidak membeli baju raya manakala 16 peratus responden belum pasti sama ada mahu berbuat demikian atau sebaliknya.
Begitu juga dengan undian di platform X @SinarOnline, rata-rata responden memilih untuk tidak membeli baju raya bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Hasil ‘poll’ mendapati 49 peratus daripada 167 responden memilih untuk tidak membeli baju raya manakala lebihan 41 peratus bakal atau sudah berbuat demikian.
Sementara itu, di ruangan komen turut disertakan alasan mengapa mereka mahu, tidak atau belum pasti untuk membeli baju raya Syawal kali ini.
Bagi pemilik akaun Instagram bernama Latifah Munjiat, dia mengakui setiap tahun akan membeli sekurang-kurangnya sepasang baju raya baharu untuk anak-anaknya.
Selain itu, dia juga memastikan baju raya tahun sebelumnya masih boleh dipakai dan tidak perlu membeli dua atau tiga pasang persalinan baharu lagi.
"Tak lagi, tak ada bajet langsung (untuk beli baju raya baharu tahun ini),” kata Salmah Nani.
"Saya pilih belum pasti sebab yuran sekolah anak-anak pun belum selesai lagi,” ujar Nani Zakaria pula.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28