KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita yang tersasar melaporkan titahnya ketika satu sesi taklimat pembangunan di Maran.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Utama Istana Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya (TUDM) berkata, laporan bertarikh 22 Mac lalu itu adalah bersifat fitnah.
Iklan
Iklan
Menurutnya, laporan itu juga boleh memberikan Implikasi negatif sehingga mampu mendorong kepada suasana yang tidak harmoni di dalam masyarakat.
"Tegas baginda, titahnya ketika sesi taklimat pembangunan daerah Maran di Akademi Tani Chenor, Maran itu tidak seperti apa yang dilaporkan portal berita berkenaan.
Mohamed Zahari berkata, justeru baginda mengingatkan kepada semua pengamal media sama ada media cetak atau media elektronik agar meneliti dan memperhalusi setiap berita sebelum membuat interpretasi yang boleh menyimpang atau tersasar dari maksud sebenar.
"Pada masa sama, etika kewartawanan perlulah dipatuhi pada setiap masa," ujarnya.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28