Manfaat penggunaan teknologi digital kekang rasuah

Iklan
Mohammad Fazril

SHAH ALAM - Penggunaan teknologi digital boleh dimanfaatkan bagi mengekang budaya rasuah yang kini kian menular dalam masyarakat.

Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohammad Fazril Mohd Saleh berkata, perkara ini juga boleh diaplikasikan penggunaannya kepada penjawat awam yang mungkin terdedah dengan aktiviti rasuah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penggunaannya boleh ditingkatkan khasnya dalam kecanggihan sistem Data Raya, kecerdasan buatan (AI) dan Blok-Rantai yang perlu dibangunkan sekali gus dapat dimanfaatkan.

"Sistem Data Raya boleh diformulasi secara khas untuk mengesan potensi berlakunya sogokan dan amalan rasuah berdasarkan penggunaan analisis data raya bagi pola kegiatan rasuah.

Iklan

"AI pula mampu menganalisa secara ramalan bagi pemantauan dan penilaian ke atas aktiviti penipuan serta rasuah yang kompleks," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Mohammad Fazril

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil bahawa penjawat awam terdedah kepada jenayah rasuah antaranya akibat rasionalisasi kerana ia dibuat pegawai atasan mereka.

Iklan

Dalam pada itu, Shamshun berkata, untuk menyelesaikan masalah ini, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengakui bahawa masalah rasuah memang berlaku dalam kalangan penjawat awam dan ia perlu diatasi bersama-sama.

Shamshun berkata demikian dalam Interviu dengan tajuk 'Penjawat awam pro-reformasi institusi atau tidak?' di semua platform digital Sinar Harian.

Tambah Mohammad Fazril, selain itu antara usaha lain adalah perlunya dibangunkan adalah peneguhan jati diri dan karakter bangsa benci rasuah.

"Nanti saat generasi baharu masuk ke sektor pekerjaan, mereka mampu untuk memutuskan rantaian sistemik dan menjadi 'generation end game' budaya rasuah," tegasnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28