KDN FC ikat pemain Republik Czech

Iklan
KDN FC ikat Michal Jerabek bagi mengukuhkan lagi benteng pertahanan dalam saingan Liga Malaysia musim 2024/25.

KELANTAN Darul Naim (KDN) FC mengikat pemain Republik Czech, Michal Jerabek bagi mengukuhkan lagi benteng pertahanan dalam saingan Liga Malaysia musim 2024/25.

Perkara tersebut disahkan oleh Presidennya, Rozi Muhamad menerusi satu kenyataan media pada Ahad.

Iklan
Iklan

"Kami memerhati keupayaannya, berdasarkan beberapa faktor termasuk nasihat daripada jurulatih, jadi saya gembira dia memilih untuk bersama KDN FC seterusnya memperluas kariernya di Kelantan.

"Gaya permainan dan karakter Michal sangat sesuai untuk skuad musim ini dan kami percaya dia akan membantu pasukan menjadi bertambah kuat.

Iklan

"Kami juga yakin walaupun ini kali pertama dia ke Liga ASEAN, keinginan dia untuk berjaya bersama KDN FC membuatkan kami juga sangat teruja," katanya.

Michal yang beraksi di Slovakia pada musim ini sangat berpengalaman luas kerana telah bermain bersama beberapa pasukan utama di Fortuna Liga dan Kazakhstan selain pernah mewakili skuad bawah 21 tahun kebangsaan Republik Czech.

Iklan

Dia dibawa masuk KDN FC dalam usaha pihak kelab untuk memperkukuhkan jentera pertahanan bagi menghadapi persaingan hebat Liga Malaysia yang akan bermula pada awal bulan hadapan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28