SERDANG - Aktiviti sekeluarga menjala ikan di Sungai Kota Perdana dekat sini berakhir tragedi selepas tiga daripada mereka dikhuatiri hilang pada Ahad.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dan BBP Shah Alam dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 4.35 petang.
Iklan
Iklan
Menurutnya, mangsa terdiri daripada tiga kanak-kanak termasuk seorang perempuan serta seorang wanita dewasa.
"Kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh anggota operasi," katanya pada Ahad.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, anggotanya telah berada di lokasi kejadian dan pasukan bomba telah memulakan operasi.
"Usaha mencari baki tiga lagi mangsa iaitu seorang wanita dewasa dan dua kanak-kanak masih dijalankan," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!