Yusri belum nampak skuad bayangan Perak

Iklan
Yusri Che Lah - Foto: FB Perak FC

JURULATIH Perak FC, Yusri Che Lah mengakui masih mencari 'ramuan' terbaik dalam membentuk pasukannya sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/25 pada Mei ini.

Yusri berkata, kesemua pemainnya diberi peluang untuk dinilai khususnya tahap kecergasan dan momentum persembahan dalam menentukan barisan terbaik.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, aksi pemanas badan dengan dua kelab daripada Singapura, Geylang International FC dan Abritex Niigata FC turut menjadi pentas untuk mencongak pemain yang ada.

"Perlawanan malam ini kita kehilangan lima pemain utama, Sunday Afolabi yang baharu mengalami kecederaan, Jesper Nyhlom dan tiga pemain dipanggil ke skuad Harimau Malaya Bawah 23 (B-23).

Iklan

"Jadi agak sukar untuk saya buat penilaian, malah pemain yang ada menunjukkan keyakinan tinggi untuk tempatkan diri dalam kesebelasan utama," katanya selepas tamat aksi persahabatan antarabangsa pramusim antara Perak menentang Abritex Niigata di Stadium Perak, malam Sabtu.

Perlawanan itu menyaksikan The Bos Gaurus menewaskan juara Liga Singapura itu dengan kemenangan 3-1.

Iklan

Dalam satu lagi aksi persahabatan antarabangsa sebelum ini, Perak berjaya menewaskan Geylang International FC dengan keputusan 3-0. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!