Panggang ayam dalam tempayan naga

Iklan

KUALA TERENGGANU - Keunikan kaedah penyediaan ayam panggang yang dimasak menggunakan haba dalam tempayan berukir naga menarik perhatian pengunjung bazar Ramadan Dataran Shahbandar di sini.

Pekerja gerai Ayam Payang Dragon, Muhammad Muslim Razali berkata, juadah itu dimasak menggunakan dua tempayan besar dengan ukiran naga sebagai tarikan utama kepada pembeli.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kaedah itu digunakan bagi memastikan juadah tersebut bersih dan tidak tercemar.

Muhammad Muslim (dua dari kiri) melayan pelanggan yang ingin mendapatkan ayam payang dragon.

"Ketika proses memasak, ayam ini tidak terdedah kepada udara luar yang mungkin tercemar sebab mengandungi habuk, debu dan kotoran lain.

Iklan

"Dengan guna kaedah panggang menggunakan haba, rasa ayam ini juga lebih sedap malah ia lebih lembut dan berjus," katanya.

Menurut Muhammad Muslim, setiap hari dia menjual antara 50 sehingga 70 ekor ayam yang dipanggang dalam tempayan khas tersebut.

Muhammad Muslim menunjukkan ayam payang dragon yang siap dipanggang dan sedia untuk dijual kepada pelanggan.

Iklan

"Kita perap ayam ini sepenuhnya menggunakan pelbagai rempah ratus dan ia dimasak tanpa menggunakan minyak.

"Kita juga menyediakan sos untuk dimakan bersama ayam panggang yang setiap seekor dijual pada harga RM30 dan RM15 untuk separuh," katanya.

Tambahnya, proses memanggang ayam di dalam tempayan naga besar itu turut menarik perhatian pelanggan untuk mengambil gambar dan video di bazar Ramadan tersebut.

"Ada yang kata, penggunaan tempayan naga besar itu menggamit memori masa kecil mereka kerana kebanyakan rumah orang Melayu pasti memilikinya satu ketika dahulu.

"Kita bersyukur sebab ramai yang mari ke semula ke gerai ini untuk dapatkan kembali ayam payang dragon ini.

"Kebanyakan mereka mengakui rasanya lebih sedap ditambah pula dengan sos lada hitam yang dihasilkan dengan resipi rahsia turun temurun," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28