Sakit yang mahal
Iklan
PENDUDUK United Kingdom (UK) sekali lagi dirundung duka apabila puteri kesayangan mereka, Kate Middleton pula dikesan menghidap barah atau kanser, selepas melalui pembedahan di abdomen sebelum ini. Ia hanya beberapa bulan selepas Raja Charles mengumumkan dirinya menghidap kanser.
Nampaknya kini, keluarga diraja sebuah negara gah seperti UK juga tak terselamat daripada penyakit yang boleh membawa maut tersebut. Sedangkan makan minum dan kehidupan mereka selama ini serba-serbi rapi terjaga.