Mydin edar 45,000 bekas bubur lambuk seluruh negara

Iklan
Ameer (kanan) mengedar bubur lambuk kepada pelanggan Mydin USJ pada Sabtu.

SHAH ALAM - Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) mengedar 45,000 bubur lambuk kepada orang ramai melalui cawangannya di seluruh negara.

Mydin menjalin kerjasama dengan rakan strategik antaranya Anchor, Ayam Brand, Azmy, Bestari, Ecodisposable, Faiza, H Elite Hotel, Indra Valley, Jati, Kara, Kawan, MyRasa, Saji, 100plus dan Nestle bagi menjayakan program tersebut.

Iklan
Iklan

Ameer (tiga dari kanan) turut bersama-sama memasak bubur lambuk sebelum diedar kepada pelanggan Mydin USJ pada Sabtu.

Pengarah Urusannya, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, program pemberian bubur lambuk tersebut bertujuan bagi meneruskan dan menyemarakkan tradisi Ramadan.

Iklan

"Program ini juga dapat mewujudkan hubungan baik antara pihak pengurusan cawangan dengan pelanggan-pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Edaran bubur lambuk kepada pelanggan Mydin USJ pada Sabtu.

Iklan

Pada Sabtu, beliau turut serta dalam program pengagihan bubur lambuk di Mydin USJ.

Penyediaan memasak bubur lambuk bermula jam 9 pagi disertai Pensyarah UCSI, Chef Fazli dibantu pelajar kolej berkenaan disusuli dengan aktiviti pembungkusan bubur lambuk pada jam 1.30 petang sebelum pengagihan pada jam 3.30 petang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!