Tiba masanya Malaysia kaji tutup sebahagian media sosial - Pakar
Iklan
SHAH ALAM - Sudah tiba masa kerajaan mengkaji semula keperluan untuk menutup akses sesetengah platform media sosial sebagai langkah awal menangani kandungan yang memudaratkan demi kesejahteraan dan keselamatan Malaysia buat jangka masa panjang.
Pakar kriminologi, Shahul Hamid Abd Rahim berkata, peningkatan ketara dalam tindakan menurunkan kandungan berunsur negatif dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) setakat tahun ini jelas memberi isyarat membimbangkan terhadap hantaran tidak bertanggungjawab yang dibuat pengguna media sosial.