PM Israel hidap hernia, jalani pembedahan dengan bius penuh

Iklan
Benjamin Netanyahu

BAITULMAQDIS - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan menjalani pembedahan hernia dengan bius sepenuhnya, kata kenyataan yang dikeluarkan pejabat beliau.

Netanyahu yang berusia 74 tahun disahkan menghidap hernia semasa pemeriksaan rutin pada hari Sabtu dan dijadualkan menjalani pembedahan semalam (Ahad), kata kenyataan itu lagi.

Iklan
Iklan

Pembedahan itu bermakna pemimpin Israel itu akan berehat seketika daripada konflik peperangan di Gaza.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman Israel, Yariv Levin, akan memangku tugas semasa ketiadaan Netanyahu.

Iklan

Dalam sidang akhbar di sini, semalam sebelum menjalani pembedahan, Netanyahu berkata, beliau optimis dengan keputusan prosedur itu dan akan kembali bekerja"dengan cepat."

"Saya memberi jaminan bahawa saya akan melalui rawatan ini dengan berjaya dan kembali bertugas dengan cepat," kata Netanyahu.

Iklan

Pembedahan itu berlaku di tengah-tengah rundingan baharu antara Israel dan Hamas di Kaherah, menurut laporan media Mesir.

Rundingan untuk mendapatkan pembebasan baki tebusan Israel yang ditahan oleh kumpulan pejuang Palestin, Hamas sebagai pertukaran untuk gencatan senjata dalam konflik yang telah menyaksikan lebih 32,000 rakyat Gaza terbunuh telah menemui jalan buntu minggu lalu.

Ini adalah pembedahan kedua Netanyahu sejak kembali ke jawatan Perdana Menteri pada akhir 2022.

Pada musim panas lalu, jantung Netanyahu disahkan tersumbat dan beliau menjalani pembedahan dengan memasang pemacu jantung (pacemaker).

Pada 2013, Netanyahu juga telah menjalani pembehadan selepas kali pertama disahkan menghidap hernia.

Hernia atau juga dikenali sebagai angin pasang berlaku apabila kandungan dalam satu ruang badan (kebiasaannya abdomen) membonjol keluar daripada kawasan yang biasa ia berada.

Kandungan itu biasanya sebahagian usus atau tisu lemak abdomen yang dilapisi oleh lapisan nipis (membran) yang juga akan membentuk kantung hernia. - Agensi/ Awani

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28