Arsenal rosakkan rekod gah City di Etihad

Iklan
Gandingan Gabriel Magalhaes (kiri) dan William Saliba (kanan) berjaya mematahkan serangan City yang diketuai Erling Haaland. - Agensi

ARSENAL muncul pasukan pertama yang berjaya menghentikan Manchester City daripada menjaringkan gol dalam 58 perlawanan berturut-turut di Stadium Etihad selepas kedua-duanya terikat tanpa jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.

Bukan itu sahaja, ini adalah kali pertama Arsenal berjaya mencatat aksi tanpa bolos atau cleen sheet di kubu keramat City sejak 2015.

Iklan
Iklan

Sebagai rekod, Arsenal mencatatkan jumlah bolos tertinggi di Etihad pada Ogos 2021 yang menyaksikan kelab dari utara London itu dibelasah 5-0.

Apa pun, keputusan seri di Etihad memberi peluang kepada Liverpool memintas Arsenal sebagai pendahulu EPL selepas The Reds bangkit menewaskan Brighton 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal di Anfield.

Iklan

Mengulas aksi di Etihad, pengendali Arsenal, Mikel Arteta tanpa berselindung tidak berpuas hati dengan satu mata yang diraih.

"Satu mata tidak akan memberikan anda kegembiraan dan kepuasan. Dengar sini, saya fikir kami telah melaksanakan tugas dengan baik.

Iklan

"Tidak banyak kelab yang mampu melakukan apa yang kami lakukan di sini (Etihad) hari ini.

"Terutamanya apabila anda sentiasa ditekan dari segenap penjuru. Cara kami bertindak balas, menunjukkan kami bermain dengan ketenangan," ujar Arteta yang dalam misi membawa Arsenal menjuarai EPL buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.

Keputusan seri di Etihad menyaksikan Arsenal tergelincir ke tangga kedua dengan 65 mata tatkala aksi EPL berbaki sembilan perlawanan.

Sementara itu City kekal di tangga ketiga dengan 64 mata, manakala kemenangan Liverpool ke atas Brighton membolehkan The Reds merampas status pendahulu dengan kelebihan dua mata.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28