Sivasangari buru gelaran sulung Klasik London

Iklan
Sivasangari Foto PSA World Tour

RATU skuasy negara, S Sivasangari melangkah ke final edisi sulung Kejohanan Skuasy Klasik London berlangsung di Alexandra Palace pada Ahad.

Pemenang pingat emas Sukan Asia Hangzhou 2022 itu mempamerkan aksi cemerlang untuk mengetepikan pemain keempat dunia Nele Gilis dari Belgium 10-12, 11-7, 10-12, 11-9 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung lebih satu jam.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Sivasangari berkata, beliau puas hati dengan permainan dipamerkannya sehingga dapat menewaskan Gilis yang disifatkannya sebagai pejuang.

"Saya menang hari ini, saya mengambil sikap positif daripada kemenangan semalam dan percaya pada diri sendiri. Gilis adalah seorang pejuang, dia sentiasa menekan, menggugat mental lawan melalui pukulannya,” katanya.

Iklan

Pemain di ranking ke-16 dunia itu akan berdepan pemain kedua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy di gelanggang final malam ini. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan