SANDAKAN - Seorang lelaki hilang di laut selepas bot dinaiki dipercayai bertembung dengan sebuah bot lain dalam kejadian di perairan Pulau Tanjung Batu, di sini pada Isnin.
Mangsa, Simran Asarap, 23, belum ditemui setakat ini selepas Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan pada jam 12.44 tengah malam Isnin.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan PGO Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan bot bertembung di Pulau Tanjung Batu.
"Operasi juga turut dibantu oleh agensi penyelamat lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)," katanya.
Katanya lagi, maklumat lanjut akan dikemas kini dari masa ke masa berhubung operasi SAR tersebut.
"Usaha mendapatkan maklumat terperinci sedang dilakukan dan setakat ini mangsa masih belum ditemukan," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!