Israel wujudkan 'zon membunuh' di Genting Gaza

Iklan
Perintah kejam itu membenarkan tentera Israel menembak mana-mana orang awam yang memasuki 'zon penghapusan' ditetapkan di Gaza. Foto AFP

GERAKAN Hamas mengutuk sekeras-kerasnya 'zon penghapusan' yang diwujudkan rejim Zionis di seluruh Genting Gaza.

Kecaman itu dizahirkan beberapa jam selepas beberapa rangkaian media Israel melaporkan tentang pelan jahat tentera Israel yang menetapkan kawasan tertentu di wilayah terkepung tersebut sebagai 'zon membunuh' yang membenarkan tindakan kejam menembak mati mana-mana penduduk Palestin walaupun mereka tidak bersenjata.

Iklan
Iklan

Laporan pada akhir minggu itu tidak menyebut dengan jelas tentang sempadan zon tersebut dan ia dipercayai tertakluk kepada arahan komander unit tempur Pasukan Pertahanan Israel (IDF).

"Sesiapa yang memasuki zon berkenaan akan dibunuh tanpa perikemanusiaan. Ia adalah jenayah perang yang ganas. Arahan semberono ke atas orang awam itu ternyata melanggar kesemua bentuk undang-undang.

Iklan

"Sebahagian daripada insiden kejam itu pernah didedahkan menerusi rakaman video sebelum ini,” tegas Hamas dalam satu kenyataan.

Susulan kezaliman yang semakin berleluasa ke atas penduduk Palestin, Hamas menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan institusi kehakiman antarabangsa diketuai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) supaya memulakan siasatan segera ke atas siri pelanggaran yang dilakukan rejim Zionis.

Iklan

Menurutnya, matlamat utama penyiasatan sedemikian adalah untuk menghukum pemimpin 'ekstremis' Israel dan menghentikan kempen genosid ke atas penduduk Palestin yang tidak berdaya serta melindungi nilai kemanusiaan yang dipijak-pijak rejim Zionis. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28