Zul Ariffin sedia akhiri zaman bujang

Iklan
Zul Ariffin tidak menolak dakwaan bakal mengakhiri zaman bujangnya pada penghujung tahun ini. Foto Azrul Rafie (Astro)

AKTOR Zul Ariffin tidak menolak dakwaan bakal mengakhiri zaman bujangnya pada penghujung tahun ini.

Jelas aktor berusia 38 tahun itu, rancangan untuk mendirikan rumah tangga sebenarnya sudah dibuat semenjak fasa pandemik Covid-19 lagi.

Iklan
Iklan

"Saya rasa tidak ada sebab untuk menangguhkan perkara baik dan kami sama-sama sudah bersedia menggalas tanggungjawab.

"Lagipun saya tidak mahu cakap kosong saja, saya pun dah lama berlakon, mungkin sudah tiba masa saya harus realisasikan perancangan itu tahun ini," katanya ketika ditemui pada Majlis Tayangan Program Syawal Astro di sebuah hotel di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Iklan

Tambah bintang utama Sangkar itu, tahun ini adalah pilihan paling sempurna untuk mendirikan rumah tangga memandangkan tidak terikat dengan apa-apa komitmen kerja lagi.

Setakat ini, pemilik nama penuh Zulkifli Ariffin itu hanya perlu mengikuti jadual promosi filem Sheriff yang dijangka menemui penonton pada 18 April depan.

Iklan

"Sekarang ini persiapannya adalah perbetulkan diri untuk menjadi insan yang lebih sempurna berbanding sebelum ini," jelasnya.

Bagaimanapun, tatkala ditebak mengenai pasangannya, Zul memilih untuk merahsiakannya.

"Tunggu lah bila dah ada tarikh nikah. Saya rasa kalau nak kenalkan awal ini macam keterlaluan pula," katanya.

Sebelum ini, Zul beberapa kali dikaitkan dengan penerbit Gayatri Su-Lin Pillai dan pernah menjalinkan hubungan istimewa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!