Ekosistem bahan api hidrogen negara mampu berkembang lebih pesat - Anwar

Iklan
Anwar menyaksikan demonstrasi pengisian semula hidrogen ke kenderaan berkuasa hidrogen di Putrajaya.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya ekosistem bahan api hidrogen di dalam negara pasti berkembang dengan lebih pesat dan maju pada masa depan disertai dengan kajian serta penyelidikan menyeluruh.

Menerusi hantaran dalam laman Facebook, Anwar turut percaya teknologi itu mampu bersaing di pasaran terbuka sebagai alternatif untuk dinikmati para pengguna.

Iklan
Iklan

Perdana Menteri memaklumkan hari ini beliau berpeluang menyaksikan demonstrasi pengisian semula hidrogen ke kenderaan berkuasa hidrogen di Putrajaya.

Anwar berkesempatan menaiki kenderaan menggunakan sel bahan api hidrogen jenis Toyota Mirai dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ke bangunan Perdana Putra.

"Menariknya, kenderaan berkuasa hidrogen itu lebih senyap berbanding kenderaan menggunakan bahan api petrol,” katanya.

Iklan

Terdahulu, Anwar bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkesempatan menaiki kenderaan menggunakan sel bahan api hidrogen jenis Toyota Mirai dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ke bangunan Perdana Putra.

Toyota Mirai merupakan kenderaan hidrogen jenis sedan yang pertama di Semenanjung. - Bernama

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28