PM lawat Perlis, sertai taklimat pembangunan negeri

Iklan
Anwar tiba di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, bagi menyertai sesi taklimat negeri pada Isnin.

KANGAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja satu hari ke Perlis bagi meninjau pembangunan negeri ini pada Isnin.

Beliau tiba pada jam 3 petang menyertai Taklimat Pembangunan Perlis bersama Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, di sini.

Iklan
Iklan

Difahamkan, Perdana Menteri dalam pertemuan lebih satu jam itu telah diberikan taklimat berkaitan projek-projek pembangunan Persekutuan yang sedang dilaksanakan di seluruh negeri tersebut.

Turut hadir, barisan Exco Kerajaan Negeri Perlis, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan barisan pentadbiran kanan negeri.

Iklan

Ahli Parlimen Tambun itu kemudiannya menyertai tinjauan di Bazar Ramadan Persiaran Wawasan sebelum hadir Majlis Berbuka Puasa Madani di Masjid Nurul Huda di Felda Chuping, dekat sini.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan