Penghuni lembam hilang dari pusat jagaan

Iklan
Kamaruddin disedari hilang dari Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan pada Sabtu lepas.

JOHOR BAHRU - Seorang penghuni di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Kempas di sini dilaporkan hilang sejak Sabtu.

Pengurusnya, Norijah Bidin berkata, penghuni berkenaan, Kamaruddin Othman, 39, merupakan orang kurang upaya (OKU) kategori lembam.

Iklan
Iklan

"Kamaruddin menghuni di pusat jagaan ini sejak 10 tahun lalu selepas dipercayai menjadi mangsa pengabaian keluarga.

"Kamaruddin juga memiliki masalah untuk berkomunikasi termasuk pertuturan.

Iklan

"Kami yakin Kamaruddin keluar dari pusat jagaan tanpa disengajakan serta tidak mampu untuk pulang ke sini," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, pihaknya cuba mengesan Kamaruddin di hospital awam namun sehingga kini tidak memperoleh maklumat.

Iklan

Pihaknya juga kata Norijah, menghebahkan maklumat dalam media sosial selain melaporkan kehilangan Kamaruddin di Balai Polis Kempas.

"Kami bimbang berkaitan keselamatan Kamaruddin," katanya berharap orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan Kamaruddin dapat menghubungi talian 07-2326415.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28