AS bedil Somalia

Iklan
Kepulan asap jelas kelihatan selepas dron AS menggugurkan bom di kawasan yang didakwa markas Al-Shaabab di Somalia.

MOGADISHU - SOMALIA. Tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan beberapa siri serangan udara di Somalia, termasuk salah satu daripadanya yang membunuh enam anggota kumpulan militan.

Serangan itu adalah sebahagian daripada misi serangan yang mana tentera AS bekerjasama dengan pasukan keselamatan Kesatuan Afrika dan Somalia untuk memerangi gerakan militan Al-Shabaab.

Iklan
Iklan

Menurut Pangkalan AS di Afrika (Africom), tentera AS melancarkan serangan setiap hari bermula 6 hingga 8 Januari yang mengorbankan 16 ahli kumpulan militan.

Pada 2 Januari, dalam serangan pertama AS pada 2019 di Somalia, 10 ahli kumpulan Al-Shabaab terbunuh.

Iklan
Iklan

Pentagon meningkatkan serangan di Somalia sejak beberapa tahun lalu, selepas Presiden Donald Trump melonggarkan kekangan berhubung bila tentera AS boleh mengambil tindakan terhadap pihak yang didakwa pengganas itu. - AFP