Perlu RM200 juta untuk siapkan dua kapal OPV - Saifuddin

Iklan
Saifuddin ketika Lawatan Tinjauan Op Khas Pagar Laut bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menaiki Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV 1) Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah di perairan Klang pada Isnin.

KLANG - Peruntukan RM200 juta diperlukan sebagai tambahan bagi menyiapkan dua lagi Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, OPV 2 telah siap 75 peratus, manakala OPV 3 sudah melebihi 50 peratus.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, KDN mahu menyiapkan terus projek OPV 2 dan OPV 3 biarpun ia tidak disiapkan mengikut jadual sebelum ini.

"Untuk itu, anggaran peruntukan tambahan diperlukan sekitar RM200 juta yang telah mendapat persetujuan dasar iaitu diterima memohon dan bukannya proses kelulusan.

Iklan

"Ke arah mempersiapkannya (OPV) itu, Jemaah Menteri setuju bahawa KDN boleh melaksanakan apa-apa kaedah dan strategi bagi memastikan OPV ini siap, ini bagi usaha siap siaga keupayaan aset," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Lawatan Tinjauan Op Khas Pagar Laut bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menaiki OPV 1 Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah di sini pada Isnin.

Iklan

Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi, Ketua Pengarah Maritim, Datuk Hamid Mohd Amin serta pegawai-pegawai kanan agensi penguat kuasa di bawah KDN.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pihaknya telah meletakkan sasaran satu setengah tahun dan maksimum dua tahun.

"Jika siap lebih awal ia kejayaan besar. Jumlah RM200 juta adalah munasabah dalam usaha Maritim Malaysia mengawal sempadan berkeluasan 590,000 kilometer persegi," katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin turut mengesahkan perolehan empat helikopter bernilai RM600 juta sebagai aset baharu Maritim Malaysia.

"Keputusan itu dibuat tahun lalu dan akan ambil sekitar 18 bulan untuk diterima, manakala satu lagi perolehan kapal induk juga telah diluluskan dengan peruntukan RM280 juta," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28