Agihan keuntungan TH 2023 kekal 3.10 peratus

Iklan
Mohd Na'im (dua dari kiri) ketika sidang akhbar pengumuman agihan keuntungan TH 2023 pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun kewangan 2023 kekal sebanyak 3.10 peratus setelah mengambil kira zakat 2.57 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, agihan keuntungan berjumlah RM2.72 bilion itu bakal memberi manfaat kepada lebih 9.15 juta pendeposit.

Iklan
Iklan

"Agihan keuntungan 2023 dibuat setelah penyata kewangan TH tahun 2023 selesai diaudit Jabatan Audit Negara dan telah mengambil kira rosot nilai.

"Terutamanya pelaburan legasi pajakan hartanah di Arab Saudi dan pelaburan hartanah United Kingdom (UK).

Iklan

"Agihan keuntungan bagi tahun 2023 juga mematuhi Akta Tabung Haji 1995," katanya pada sidang media pengumuman agihan keuntungan TH pada Selasa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan

AKAN MENYUSUL