MPOGCF dekati masyarakat melalui program Iftar Ala Madinah@Karangkraf

Iklan
Hairulazim Mahmud (baju Melayu merah) bersama warga MPOGCF ketika menyertai Iftar ala Madinah di Karangkraf pada Isnin. FOTO: MOHD HALIM ABD WAHID

Hairulazim Mahmud (baju Melayu merah) bersama warga MPOGCF ketika menyertai Iftar ala Madinah di Karangkraf pada Isnin. FOTO: MOHD HALIM ABD WAHID

SHAH ALAM - Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) menyediakan 1,500 pek makanan kepada pengunjung Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 pada Isnin.

Iklan
Iklan

Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud berkata, sumbangan tersebut bertujuan untuk bersama-sama Kumpulan Karangkraf menyediakan hidangan berbuka puasa secara percuma kepada orang ramai.

HAIRULAZIM

Iklan

"Kami memilih Karangkraf kerana jenama ini dekat di hati rakyat, jadi kami berbesar hati untuk bersama-sama menjayakan program pada hari ini.

"Ia juga merupakan antara inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), cuma kali ini berbeza kerana kebanyakan program yang telah kami laksanakan melibatkan industri sawit, peneroka dan pekerja sawit," katanya ketika ditemui pada program Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024.

Iklan

Kuiz merupakan antara aktiviti yang dianjurkan oleh MPOGCF sebagai sebahagian pengisian program Iftar Ala Madinah@Karangkraf.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, kerjasama kali pertama ini juga memberi peluang kepada pihaknya untuk menyebar luas maklumat mengenai MPOGCF kepada orang ramai mengenai peranan yayasan berkenaan.

Menurut Hairulazim, MPOGCF merupakan inisiatif di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) untuk menyokong inisiatif pemuliharaan berkaitan industri minyak sawit.

MPOGCF turut menyediakan reruai bagi menyalurkan maklumat berkaitan Yayasan itu kepada orang ramai.

Antara projek yang dibiayai MPOGCF terrmasuk Program Penanaman 1 Juta Pokok Hutan, penubuhan Santuari Gajah Borneo (BES), penubuhan Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU) Sabah dan Program Pemuliharaan Harimau Malaya.

Menerusi pelbagai usaha alam sekitar dan pemuliharaan yang dijalankan, pihaknya berharap akan meningkatkan reputasi industri minyak sawit untuk mencapai pengiktirafan global bagi amalan mampan.

"MPOGC sentiasa memerhatikan kawasan kritikal yang berkaitan dengan pemuliharaan hijau dalam industri kelapa sawit bagi perlindungan dan pengurusan jangka pendek, sederhana dan panjang di samping pemuliharaan warisan semula jadi.

"Komitmen kami untuk mempamerkan industri minyak sawit Malaysia sebagai industri yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

"Pembiayaan yang diberikan adalah sebahagian daripada usaha mempamerkan komitmen industri dalam memulihara alam semula jadi dan mempromosikan landskap hijau," ujarnya.