Tragedi jala ikan: Mayat kanak-kanak perempuan lemas ditemui

Iklan
Anggota bomba membawa mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui di sebuah lombong berhampiran dengan Jalan Puchong - Cyberjaya, Putra Perdana pada Selasa selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

SERDANG - Seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia yang maut selepas dihanyutkan arus deras ketika menjala ikan bersama keluarganya di parit monsun dekat Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan di sini ditemui pada Selasa.

Mangsa Riska Amelia, 4, merupakan mayat terakhir dalam tragedi yang mengorbankan tiga nyawa itu ditemui di sebuah lombong berhampiran dengan Jalan Puchong - Cyberjaya, Putra Perdana pada Selasa selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima maklumat berkaitan penemuan mayat mangsa daripada penduduk di Putra Perdana.

"Mayat kanak-kanak itu dijumpai jam 9 pagi iaitu tujuh kilometer dari tempat kejadian sebelum dibawa oleh pihak bomba menggunakan bot dan kemudiannya telah disahkan identiti oleh bapanya.

Iklan

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Serdang bagi proses bedah siasat," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang bagi proses bedah siasat pada Selasa.

Pada Ahad, dua beranak selamat manakala tiga lagi maut dihanyutkan arus deras ketika aktiviti menjala ikan di sini.

Iklan

Mangsa yang selamat Ahmad Suriadi (bapa), 40 dan anaknya Mohd Alif, 9, manakala individu maut iaitu Juliana (ibu), 38, Mohd Diham, 10 dan Riska Amelia, 4.

Berdasarkan keterangan lelaki dewasa itu, mereka sekeluarga ke lokasi itu untuk memancing dan menjala kira-kira jam 3.30 petang.

Pada awalnya, keadaan cetek selain cuaca baik sebelum berlaku hujan dan air deras menyebabkan mereka yang berdiri di simen longkang itu dipercayai tergelincir sebelum terjatuh di kedalaman air yang deras kira-kira 1.2 meter.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!