Makanan bazar Ramadan tercemar, DBKL keluar 82 kompaun

Iklan
DBKL mengeluarkan 82 kompaun dan notis kepada peniaga di bazar Ramadan sekitar ibu negara setakat 29 Mac lalu.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan 82 kompaun dan notis kepada peniaga di bazar Ramadan sekitar ibu negara selepas membuat pemeriksaan terhadap 2,404 peniaga kerana pengendalian makanan yang tidak memuaskan.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan, sehingga 29 Mac, Unit Kualiti Makanan JKAS mengambil sebanyak 1,060 jenis sampel makanan dari pelbagai bazar untuk dihantar ke Makmal Pusat Analisis dan sekuriti Makanan (FOSAC) JKAS di Pasar Borong Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan, hasil analisis mendapati terdapat 11.9 peratus sampel makanan bazar Ramadan terdapat pelanggaran atau tercemar oleh kuman.

"Kehadiran bakteria ini berkait rapat dengan proses penyediaan makanan yang kurang bersih, masakan yang tidak sempurna dan kebersihan diri pengendali makanan yang kurang memuaskan," menurut kenyataan pihak berkuasa tempatan itu.

Iklan

Dalam pada itu, DBKL turut memaklumkan, kompaun dan notis dikeluarkan kerana melanggar Seksyen 6(1) Undang-Undang Pengendalian Makanan WPKL (1979), iaitu makanan kotor atau mengandungi bahan asing.

Hasil analisis mendapati terdapat 11.9 peratus sampel makanan bazar Ramadan terdapat pelanggaran atau tercemar oleh kuman.

"Tiga 'strain bakteria' utama dilakukan pemeriksaan iaitu E.Coli, Coliform dan Staphylococcus yang merupakan petunjuk terhadap pengendalian sepanjang proses makanan di siapkan.

Iklan

"Kebanyakan amaran dan notis dikeluarkan atas kesalahan tidak mengambil suntikan vaksin tifoid dan diletakkan mengikut Undang-undang Kecil Pengendalian Makanan (1979) serta Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja WPKL (2016)," kata kenyataan itu lagi.

Selain itu, amaran turut diberikan kepada peniaga terbabit supaya lebih menjaga kebersihan dan keselamatan makanan seperti memastikan makanan tidak lama terdedah dan ketulan ais tidak di letak di atas lantai atau jalan.

DBKL turut mengingatkan peniaga menggunakan bahan yang mudah terurai, memilih makanan yang bersih, sihat dan selamat dan pembeli digalakkan membawa bekas sendiri.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28