Polis siasat dakwaan kes buli, ugut bunuh pelajar di Sandakan

Iklan
Sebelum itu, Sinar Harian pada Isnin melaporkan dua pelajar tersebut dibuli dan diugut oleh suspek yang masing-masing pelajar Tingkatan Dua dan Lima dengan mengancam mangsa menggunakan besi katil patah serta penyodok sampah sekiranya tidak mengikut kehendak mereka.

SANDAKAN - Polis daerah ini mengesahkan ada menerima laporan berhubung dakwaan pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah di sini menjadi mangsa buli dan diugut bunuh oleh dua beradik yang juga pelajar sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, laporan polis diterima pada malam Isnin berhubung kes tersebut.

Iklan
Iklan

"Laporan polis ada diterima malam semalam oleh pihak sekolah.

"Setakat ini kes masih dalam siasatan kami di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Sebelum itu, Sinar Harian pada Isnin melaporkan dua pelajar tersebut dibuli dan diugut oleh suspek yang masing-masing pelajar Tingkatan Dua dan Lima dengan mengancam mangsa menggunakan besi katil patah serta penyodok sampah sekiranya tidak mengikut kehendak mereka.

Kejadian dipercayai berlaku pada Ahad ketika mangsa membuat laporan kepada warden berhubung tindakan dua beradik itu yang keluar asrama melalui lubang longkang di belakang asrama.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!