TH tidak bercadang tingkat pelaburan luar negara

Iklan
Tabung Haji tidak bercadang untuk meningkatkan jumlah pelaburan di luar negara sebaliknya menumpukan pelaburan domestik. - Gambar hiasan

LEMBAGA Tabung Haji (TH) buat masa ini tidak bercadang untuk meningkatkan jumlah pelaburan di luar negara.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Hamadah Syed Othman berkata, langkah itu diambil selari dengan aspirasi kerajaan supaya menumpukan pelaburan domestik.

Iklan
Iklan

"Pada masa ini jumlah pelaburan TH di luar negara adalah 10 peratus daripada keseluruhan aset yang ada.

"Peluang pelaburan luar negara (sememangnya) lebih luas dari segi keupayaan memberi pulangan yang lebih kompetitif tapi (buat masa ini) kita akan terus sokong aspirasi kerajaan agar buat pelaburan domestik," katanya ketika pada sidang akhbar pengumuman agihan keuntungan TH di sini, pada Selasa.

Iklan

Sementara itu, ditanya mengenai sektor pelaburan domestik yang akan diberi tumpuan oleh TH, Syed Hamadah berkata, hartanah merupakan salah satu yang difokuskan.

"Strategi pelaburan kami ialah berdasarkan mandat dan jumlah aset yang telah diluluskan menteri.

Iklan

"Jadi, lebih separuh daripada mandat yang diberikan kepada TH ialah untuk melabur dalam instrumen sukuk atau pendapatan tetap," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!