PELAKON Anzalna Nasir, menerusi laman Instagramnya hari ini berkongsi berita gembira kini sedang hamil dan bakal menimang cahaya mata pertama, hasil perkongsian hidupnya dengan ahli perniagaan, Hanif Zaki.
Usia kandungan pelakon Memori Cinta Suraya ini kini mencecah 4 bulan, dan dalam keadaan yang baik.
Memilih untuk menjadikan berita tersebut sebagai kejutan buah ahli keluarganya bersempena sambutan hari lahir ke-31, yang jatuh pada 9 Januari, hari ini.
Berkongsi momen tersebut, Anzalna telah memuat naik sebuah video bersama keluarganya, saat kejutan tersebut dilakukan. Kelihatan ibu Anzalna menitiskan air mata gembira, selain keterujaan yang ditunjukkan oleh adik-beradiknya yang lain.
"The moment I’ve been waiting for. Allah knows what is the best for you and when its best for you to have it. On this special day, on my birthday, I would like to share with all of you that @hanif_zaki and i are expecting our first baby.
"Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang selama ni mendoakan Anzalna dan suami untuk menerima zuriat. Benar! Jodoh, rezeki, rezeki zuriat atau ajal maut menjadi rahsia-Nya dan tak perlu kita mempersoalkannya. Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal.
Dalam masa beberapa jam sahaja, status yang dimuat naik Anzalna pada Rabu malam telah mendapat lebih 6,000 komen daripada para peminat dan pengikutnya di laman itu yang memberikan ucapan tahniah.
Malah tidak ketinggalan, rakan-rakan artis yang turut mengambil kesempatan untuk berkongsi kegembiraan dengan pelakon ini.
Anzalna dan Hanif berkahwin pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.