BEREGU wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah tidak akan disenaraikan pada saingan Piala Uber 2024 yang bakal berlangsung di Chengdu, China bermula 27 April hingga 5 Mei ini.
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, pihak pengurusan sebulat suara bersetuju dengan keputusan tersebut sekali gus menyaksikan tanggungjawab bagi acara beregu wanita digalas pemain lain.
Iklan
Iklan
"Saya boleh kata 90 peratus (tidak diturunkan). Setakat ini yang kita tahu pemain senior Teoh Mei Xing tapi pemain lain kita akan lihat dahulu mungkin ada yang bermain bagi dua acara untuk lihat kelebihan mereka lebih kepada beregu atau sebaliknya termasuk pemain muda.
Pada Mac lepas, Rexy tidak menolak kemungkinan bahawa Pearly-Thinaah mungkin disisihkan daripada skuad Piala Uber 2024 bagi membantu mereka fokus kepada persiapan Sukan Olimpik 2024.
Malaysia, yang tidak pernah menjuarai Piala Uber dan turun selaku pilihan ke-10, bakal mengharungi laluan berliku pada edisi kali ini apabila diletakkan dalam Kumpulan B bersama pilihan keempat Thailand, Taiwan (pilihan keenam) dan Australia. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Artikel Berkaitan