Cuaca kering dan panas

Iklan
Sebuah motosikal melintasi lalang yang kering di beberapa kawasan berikutan cuaca panas yang melanda ketika tinjauan di Seberang Takir hari ini.
Berdasarkan analisis model-model cuaca, MetMalaysia menjangkakan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35°C masih berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah sehingga April.

Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web rasmi.