KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan bertaraf jutawan bergelar Tan Sri, akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, berhubung dakwaan menipu.
Ia selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat izin untuk mendakwa tokoh korporat itu dipercayai, membabitkan kontrak perolehan syarikat membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan.