Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria

Iklan
Abdul Hadi

KUALA LUMPUR - Pas mengecam serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria yang mengorbankan tujuh nyawa termasuk dua pegawai tertinggi tentera pada Isnin.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, dua daripada mangsa adalah pegawai tertinggi tentera iaitu seorang panglima kanan dalam Pasukan Elit Quds, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Brigadier Jeneral Mohammad Reza Zahedi dan Timbalannya, Jeneral Mohammad Hadi Hajriahimi.

Iklan
Iklan

"Pas mengucapkan takziah kepada Kerajaan Iran atas tragedi ini. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas mereka yang terkorban.

"Sewajarnya dunia Islam mengutuk Israel yang bukan sahaja merupakan dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Iklan
Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28