China sokong pertemuan kedua Jong-un, Trump

Iklan
Sidang kemuncak pertama Jong-un dan Trump di Singapura pada Jun lalu di mana mereka mengeluarkan deklarasi yang kurang jelas tentang nyahnuklear.

BEIJING - CHINA. Presiden China, Xi Jinping memberitahu Kim Jong-un bahawa Beijing menyokong pemimpin Korea Utara itu dalam sidang kemuncak kedua dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Dua rakan sekutu itu yang dijangka akan mengadakan pertemuan dua hari di Beijing minggu ini, dilihat sebagai sesi mengatur strategi ketika Jong-un bersedia untuk sidang kemuncak keduanya dengan Trump untuk rundingan nyahnuklear.

Iklan
Iklan

"Penyelesaian politik berhubung isu di semenanjung (Korea) merupakan peluang bersejarah yang jarang berlaku,” kata Jinping ketika lawatan Jong-un ke Beijing, menurut laporan agensi berita Xinhua.

Perbincangan antara AS dan Korea Utara terhadap senjata nuklear Pyongyang terhenti sejak sidang kemuncak pertama Jong-un dan Trump di Singapura pada Jun lalu di mana mereka mengeluarkan deklarasi yang kurang jelas tentang nyahnuklear.

Iklan

AS menegaskan bahawa sekatan PBB mesti dilakukan sehingga Korea Utara menyerahkan senjatanya, sementara Pyongyang mahu mereka redakan keadaan.

China juga mahukan sekatan itu dilonggarkan. – AFP

Iklan