Misteri kematian lebih 3,500 belut

Iklan
Terdapat teori yang menyatakan ia mungkin disebabkan 'tekanan' yang dikaitkan dengan fenomena perubahan iklim. Foto Agensi

WELLINGTON - New Zealand sekali lagi berdepan insiden misteri kematian ribuan belut.

Susulan kejadian kedua pada tahun ini, satu siasatan dilancarkan pihak berkuasa alam sekitar di bawah Kementerian Industri Utama.

Iklan
Iklan

Pada kali ini, lebih 3,500 bangkai anak belut ditemui di sungai air tawar Kauritutahi di bahagian paling utara North Island.

"Punca sebenar pada ketika ini masih tidak diketahui. Pihak berkuasa percaya ia mungkin disebabkan 'tekanan' yang dikaitkan dengan fenomena perubahan iklim," lapor New Zealand Herald.

Iklan

Pemangku Pengurus Pasukan Biokeselamatan di Wellington, Rissa Williams juga tidak menolak kemungkinan teori tersebut.

Sementara itu, wakil kumpulan yang mengawasi sungai tersebut bertindak menguji sampel air.

Iklan

Ketika kejadian pada Februari lalu, siasatan mendapati kematian lebih 2,600 belut di Sungai Low Stream dan sebuah lagi kawasan tidak jauh dari Sungai Mataura berpunca daripada sisa toksik setelah pihak berkuasa menemui racun pada laluan air tersebut. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28