Henti buat video kontroversi demi raih populariti

Iklan
kewujudan video raya yang sering kali mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat sama ada secara sengaja atau tidak demi meraih populariti mudah. Foto hiasan

SETIAP tahun apabila menjelang raya, pasti ada sahaja iklan atau video yang dihasilkan oleh individu, organisasi dan sebagainya untuk ditayangkan kepada orang ramai bagi membangkitkan semangat Syawal dalam diri.

Tidak kurang juga kewujudan video raya yang sering kali mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat sama ada secara sengaja atau tidak demi meraih populariti mudah.

Iklan
Iklan

Terbaharu, muzik video lagu raya yang dilancarkan salah seorang usahawan kosmetik baru-baru ini telah mengundang kecaman ramai.

Ia berikutan beliau memuat naik teaser muzik video lagu raya barunya itu dengan memaparkan barisan penari yang memakai pakaian ketat sambil menari dengan gaya yang tidak senonoh.

Iklan

Susulan itu, beliau memaklumkan bahawa beliau tidak mengeluarkan sebarang lagu raya pada tahun ini sebaliknya lagu yang berjudul Love Raya yang tular sebelum ini hanyalah gurauan bersempena dengan sambutan April Fool.

Bagaimanapun, netizen mengganggap tindakan memuat naik video berkenaan dilihat agak keterlaluan lebih-lebih pada bulan Ramadan ini.

Iklan

Ini kerana, 'gurauan' yang dimaksudkan itu seolah-olah sedang mempersendakan agama Islam sehingga menjadi bahan ketawa agama dan kaum lain.

Justeru itu, tindakan yang tegas perlu diambil kepada individu yang dilihat sengaja menimbulkan kontroversi dan mengganggu gugat ketenteraman awam.

Diharapkan agar dengan tindakan tersebut, tiada lagi video raya dimuat naik individu lain yang boleh mencetuskan polemik.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk berpada-pada dalam melontarkan sebarang komen atau pandangan bagi mengelakkan sebarang konflik lain yang turut mungkin berlaku.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28