Krisis AS-Iran cetus kebimbangan dunia

Iklan
Situasi dilihat lebih membimbangkan lagi apabila persengketan AS dan Iran bakal menggugat ekonomi global.

KEADAAN di Asia Barat menjadi tegang sepanjang minggu lalu setelah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump didakwa mengarahkan pembunuhan komander tertinggi Pasukan Pengawal Revolusi Iran, Qasem Soleimani di Iraq.

Trump menjelaskan keputusannya melancarkan serangan ke atas Soleimani di sebuah lapangan terbang di Baghdad adalah untuk menghalang peperangan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, penganalisis politik beranggapan ia adalah hasrat sebenar Trump untuk menyerang Iran.

Presiden AS itu menggambarkan Soleimani sebagai 'pengganas' memandangkan banyak tindakannya yang tidak digemari kerajaan AS. Soleimani didakwa merancang banyak serangan terhadap pangkalan tentera AS di Iraq.

Iklan

Kematian Soleimani amat dirasai oleh kerajaan Iran. Maka tidak hairanlah Iran tidak dapat mendiamkan diri apabila melepaskan sekurang-kurangnya 22 roket ke arah pangkalan tentera AS di Ain al-Asad dan Irbil di Iraq.

Serangan balas yang dilakukan Iran tentunya membangkitkan kemarahan Trump. Beliau mengambil keputusan membunuh Soleiman tentu dengan sebab tersirat.

Iklan

Penganalisis politik antarabangsa percaya kedudukan Trump sebagai Presiden AS semakin tergugat.

Pada 18 Disember lalu, Dewan Perwakilan AS sebulat suara mahu mendakwa Trump kerana menyalahgunakan kuasa dan menghalang siasatan Senat.

Beliau bakal dibicarakan di Senat untuk menentukan nasibnya karier politiknya.

Trump barangkali percaya dengan melancarkan serangan ke atas Iran sedikit sebanyak dapat memulihkan kepercayaan ahli Dewan Perwakilan kepadanya.

Malahan, majoriti rakyat AS sebenarnya tidak menyokong keputusan Trump menyerang Iran lebih-lebih lagi meragut nyawa seorang pemimpin yang berpengaruh seperti Soleimani.

Situasi dilihat lebih membimbangkan lagi apabila persengketan AS dan Iran bakal menggugat ekonomi global.

Terbaru, harga minyak melonjak sehingga AS$70 setong manakala harga emas mencecah paras tertinggi dalam enam tahun.

Peperangan semestinya membawa kemusnahan. Balas dendam berpanjangan AS dan Iran seharusnya diberhentikan.