Maman 500kg sudah ditempah

Iklan
Muhammad Imran mengusahakan ladang mamannya sejak awal Ramadan lalu kini mendapat sambutan hebat dari orang ramai.

GEMENCHEH - Setiap kali musim perayaan, sayur maman pasti menjadi rebutan penduduk Gemencheh, di sini.

Ini kerana maman menjadi bahan utama dalam masakan rendang maman yang merupakan menu tradisi masyarakat Gemencheh.

Iklan
Iklan

Ketibaan Aidilfitri yang bakal tiba membuatkan petani, Muhammad Imran Johari, 34, tidak menang tangan melayan permintaan orang ramai terhadap tanaman mamannya itu.

MUHAMMAD IMRAN

Mengusahakan ladang maman seluas setengah ekar di tanah milik ibunya di Jalan Kampung Tengah - Rokan, Gemencheh, Muhammad Imran berkata, sayur maman yang ditanamnya sejak awal Ramadan lalu kini mendapat sambutan hebat dari orang ramai.

Iklan

"Sebanyak 500 kilogram (kg) maman saya sudah ditempah orang ramai untuk kegunaan Aidilfitri nanti.

"Rata-rata penduduk Gemencheh yang membuat tempahan dan ada juga dari luar Negeri Sembilan iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor turut berminat dengan maman saya," katanya ketika ditemui pemberita di ladang mamannya, di Gemencheh, di sini.

Muhammad Imran mencabut maman untuk dijual kepada pelanggan yang sudah membuat tempahan awal.

Iklan

Menurutnya, dia menjual maman pada harga RM7 sekilogram sahaja meskipun harga benih dan baja mendadak naik.

"Saya jual murah kerana niat mahu bersedekah dan orang ramai boleh dapatkan harga dari ladang ini.

"Biasa orang jual harga bermula dari RM8 hingga RM10. Ada juga yang mengambil kesempatan dengan menjualnya pada harga RM12 ketika musim perayaan,"katanya.

Sayur maman

Bapa kepada lima anak itu berkata, dia tidak memikirkan untung semata-mata kerana niatnya mahu menjual untuk memudahkan penduduk Gemencheh mendapatkan bekalan maman ketika musim perayaan.

"Maman ini ramai peminatnya. Bila hari raya, boleh bergaduh dibuatnya untuk dapatkan maman. Tapi saya tidak mahu situasi ini berlaku setiap tahun.

"Jadi, saya ambil inisiatif tanam maman secara besar-besaran sejak 2016 agar bekalan maman untuk hari raya nanti mudah didapati,"katanya.