Kupang beracun: Keputusan makmal diketahui esok

Iklan
Laporan Sinar Harian.

SEREMBAN - Keputusan makmal bagi sampel kupang dan air laut yang diambil susulan kejadian kes keracunan makanan berkaitan pengambilan kupang di Port Dickson dijangka diketahui esok.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe berkata, pihaknya juga telah mengeluarkan arahan kepada penternak kupang untuk tidak mengutip dan menjualnya.

Iklan
Iklan

"Arahan ini sehingga keputusan makmal keluar yang biasanya ambil masa 36 jam untuk diperoleh. Kalau paling cepat pun petang ini atau awal pagi esok.

"Berdasarkan pemantauan dilakukan di beberapa lokasi jualan kupang, didapati tiada lagi yang menjualnya dan masing-masing nampaknya telah mengetahui arahan dikeluarkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Menurutnya, kes seumpama ini tidak pernah direkodkan berlaku sebelum ini di perairan Port Dickson dan pihaknya juga bekerjasama dengan Persatuan Nelayan untuk melakukan pemantauan.

Tambahnya, terdapat 19 penternak kupang berdaftar di perairan Port Dickson dan hasilnya sekitar 4 tan setahun dan 300 kilogram sebulan.

Iklan

"Ia dijual pada harga pasaran RM10 sekilogram dan boleh diperoleh di perairan Pasir Panjang dan Linggi," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28