KULAI - Pemandu dan lapan penumpang dalam perjalanan ke Singapura dari Kuala Lumpur cedera dalam nahas membabitkan bas persiaran dan sebuah lori di Kilometer 36.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan dekat sini pagi Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai Penguasa Bomba Kanan, Fairuz Helmi Mohd Helmi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.28 pagi.