Yayasan Mr D.I.Y sumbang al-Quran, pek makanan Iftar Ala Madinah@Karangkraf

Iklan
Bukhari (empat dari kanan) bersama staf Mr D.I.Y bersama penerima naskah al-Quran sewaktu hadir pada Iftar Ala Madinah@Karangkraf pada Selasa. Foto Sinar Harian/ ASRIL ASWANDI SHUKOR

YAYASAN Mr D.I.Y menyumbang sebanyak 150 naskah al-Quran dan 1,000 pek makanan pada program Iftar Ala Madinah@Karangkraf.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mr D.I.Y, Zaleha Mohd Mydin berkata, sumbangan berkenaan merupakan salah satu usaha untuk membantu golongan yang memerlukan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, menerusi sumbangan itu juga Mr D.I.Y dapat memastikan jenama itu dekat dengan masyarakat setempat.

"Ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial bersama pihak Karangkraf, pada mulanya kami menyumbang air mineral namun atas keperluan pelajar asnaf dan anak yatim kami membuat keputusan menyumbang al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Turut hadir Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Mr D.I.Y, Bukhari Mokhtar dan Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin.

Jelasnya sebelum ini, Yayasan Mr D.I.Y telah mengadakan program memasak dan mengedarkan bubur lambuk di Negeri Sembilan,Kelantan,Perlis dan Selangor.

Iklan

"Kita telah berjaya mengedarkan bubur lambuk kepada 2,000 penerima di seluruh negeri berkenaan,” katanya.

Bukhari berkata, asas program tanggungjawab sosial (CSR) Mr D.I.Y adalah meliputi bidang pendidikan, kesenian dan kebudayaan, alam sekitar dan komuniti.

Sementara itu Nik Justin berkata, pihak Karangkraf berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak Yayasan Mr DIY atas kesudian menyokong Iftar Ala Madinah @ Karangkraf pada tahun ini.

"Sebelum ini mereka telah pun menyumbang sebanyak 15,000 botol air mineral untuk diagihkan secara harian kepada pengunjung sepanjang iftar.

"Semoga kolaborasi CSR bersama mereka ini akan terus berkekalan untuk tahun mendatang dan di dalam pelbagai program lagi,” katanya.