Kelantan umum Selasa ini cuti peristiwa sempena Aidilfitri

Iklan
Nasuruddin

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa di seluruh negeri ini pada Selasa 9 April atau 29 Ramadan.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar, Datuk Nasuruddin Daud selepas mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Exco pada Rabu.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, cuti berkenaan juga bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas sehari sebelum perayaan apabila perantau pulang ke kampung.

"Kita jangkakan kesesakan berlaku sebaik sahaja perantau dari seluruh negara pulang ke Kelantan untuk meraikan Aidilfitri," katanya.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Nasuruddin memohon umat Islam di seluruh negeri melakukan solat sunat istisqa bagi memohon hujan.

Tambah beliau, kemarau yang serius turut mengakibatkan banyak tanaman mati termasuk padi.

Iklan

"Dalam keadaan begini memerlukan kita solat Istisqa supaya ALLAH SWT menurunkan hujan. Insya-ALLAH apabila turun hujan, padi yang belum dituai dapat diselamatkan," katanya.

Bagaimanapun katanya, solat ini tiada penganjuran secara rasmi tetapi memohon semua penduduk dan imam di seluruh negeri bekerjasama melakukannya.

"Terpulang kepada mereka bila untuk melakukannya tetapi Ramadan adalah waktu terbaik kerana doa kita mudah dimakbulkan oleh ALLAH terutama akhir Ramadan," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28