MELAKA - Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu, atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan terhadap seorang wanita, bulan lalu.
Tri Sutrisno Sular, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
Iklan
Iklan
Namun hakim menangguhkan kes itu pada 17 Mei depan untuk fakta dan hukuman selepas dipohon Timbalan Pendakwa Raya Nur Syazwanie Marizan.
Mengikut pertuduhan, dia bersama-sama seorang yang masih bebas dituduh melakukan samun berkumpulan terhadap S Thanaletchmy, 51, hingga menyebabkan kerugian berjumlah RM25,000 dengan bersenjatakan sebilah pisau.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di JB 4304, Jalan Seri Hilir 2, Taman Seri Hilir, Batang Melaka, Jasin kira-kira jam 9.15 pagi pada 19 Mac lalu.
Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28