KUALA TERENGGANU - Program Munajat Rakyat Terengganu yang dijadualkan berlangsung pada 6 April ini ditangguhkan ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Exco Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi mengesahkan penangguhan program tersebut.
Iklan
Iklan
"Kerajaan negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat atas sokongan diberikan yang tidak berbelah bahagi terhadap usaha ini.
"Pada akhir Ramadan ini marilah sama-sama kita terus memperbanyakkan doa agar Terengganu diberkati dengan pemimpin yang adil serta penduduk yang beriman dan bertakwa," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Pada 27 Mac lepas, Muhammad Khalil memaklumkan kerajaan Terengganu akan menganjurkan program Munajat Rakyat Terengganu Kembalikan Royalti dalam usaha menuntut tunggakan pembayaran penuh wang royalti minyak negeri itu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Sabtu ini.
Muhammad Khalil berkata, program dianjurkan itu antara antara ikhtiar kerajaan negeri bagi memastikan urusan perundingan penyaluran royalti dipermudahkan.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28