Kartunis Bendi atau nama sebenarnya Muhammad Najib Mohd Rudin, 50, menunjukan hasil lukisan karya kartun untuk sampul duit raya yang dihasilkan beliau, ketika ditemui BERNAMA di bengkelnya di Kampung Parit Haji Tahir, baru-baru ini.
Selepas hampir 30 tahun berkarya, kartunis Bendi buat pertama kalinya pada tahun ini mengabadikan karyanya di atas sampul duit raya.
Muhammad Najib berkata cadangan dari rakan-rakan mencetuskan idea kepadanya untuk menghasilkan karya di atas sampul duit raya yang hanya dijual melalui tempahan awal sejak awal Ramadan lalu.
Beliau hanya menjual mengikut tempahan selepas mengiklankan melalui laman Facebook miliknya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penggemar-penggemar karya kartun dan komik.
Bapa kepada tiga cahayamata itu berkata tahun ini, beliau menerima lebih 400 set sampul raya yang mengandungi 20 keping setiap set dan dijual dengan harga RM15 setiap set.