Lekir nafi dapat subsidi, projek FAM

Iklan
Lekir membuat laporan polis berhubung surat layang yang mengaitkan dirinya. Foto FB Lekir Hj Ahmad

CAPO Ultras Malaya, Lekir Ahmad tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia mendapat subsidi dan projek daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurutnya, dakwaan yang tular melalui satu surat layang baru-baru ini adalah fitnah dan dia juga telah membuat laporan polis.

Iklan
Iklan

"Segala fitnah berkaitan subsidi ke luar negara utk menyokong pasukan bola sepak kebangsaan adalah salah dan semua kos adalah atas biaya saya sendiri.

"Saya ada kerjaya saya sendiri dan Alhamdulillah saya cukup makan dengan cara ini,” kata Lekir dalam laman Facebook miliknya pada Rabu.

Iklan

Sebelum ini, tular surat layang yang di hantar melalui e-mel kepada media mengenai salah guna kuasa dalam pengurusan FAM, gaji serta manfaat staf, isu membabitkan skuad Harimau Malaya dan projek NTC.

Turut disentuh surat tersebut adalah mengenai Ultras Malaya di bawah kepimpinan Lekir yang didakwa sudah 'dibeli' oleh FAM sehinggakan telah hilang taring untuk mengkritik persatuan itu.

Iklan

Selain itu, Ultras Malaya juga didakwa sering mengunjungi FAM berjumpa dengan presiden dan setiausaha agung FAM untuk mendapatkan projek.

Lekir berkata, dia tidak menafikan beberapa kali ke FAM untuk bertemu presiden dan setiausaha agung FAM, namun tidak bertujuan untuk meraih kepentingan sendiri.

"Tidak dinafikan, saya ada beberapa kali ke FAM bertemu presiden dan setiausaha agung untuk membincang perihal penyokong untuk ke Qatar bagi AFC 2023 yang lepas.

"Segala apa yang saya lakukan dalam perjalanan bola sepak ini, Insya-ALLAH saya masih tahu hukum dan falsafah bola sepak yang perlu saya jaga,” katanya.