Kupang beracun: DOF masih jalankan analisis makmal

Iklan
Laporan Sinar Harian.

PORT DICKSON - Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) masih menjalankan analisis makmal terhadap kupang di perairan Port Dickson untuk mengesahkan sama ada terdapat kehadiran alga berbahaya.

Dalam kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat DOF, keputusan analisis dijangka dapat diketahui pada esok.

Iklan
Iklan

"DOF sebelum ini telah mengambil langkah awal dengan mengeluarkan larangan sementara bagi menjual dan mengeluarkan kupang ternakan sama ada melalui sistem panggar atau pancang.

"DOF juga sentiasa melaksanakan pemantauan keselamatan kerang-kerangan di Malaysia secara berjadual di bawah Program Sanitasi Kerang-Kerangan Kebangsaan yang melibatkan sampel kerang- kerangan ternakan dan liar,"katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Menurutnya, orang ramai juga diminta melaporkan kepada Jabatan Perikanan Negeri/ Daerah yang berdekatan jika melihat perubahan warna air laut yang mencurigakan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan