'Satu sen tak bayar lagi, entah ke mana Zamsaham hilang' - Syed Sobri

Iklan
Zamsaham didakwa menghilangkan diri dan masih gagal melunaskan tunggakan gaji pemain yang beraksi untuk pasukan itu musim lalu.

BEKAS pemain Kelantan FC, Syed Sobri Syed Mohamad menuntut tunggakan gaji daripada pemilik pasukan itu, Norizam Tukiman.

Menurut Syed Sobri, Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham menghilangkan diri dan masih gagal melunaskan tunggakan gaji pemain yang beraksi untuk pasukan itu musim lalu.

Iklan
Iklan

"Ini orang (Zamsaham) jenis buka mulut je berbual...

"Satu sen tak bayar lagi. Entah ke mana hilang tak tahu ayah bual ni," katanya dalam Instastory miliknya.

Iklan

Isu tunggakan gaji skuad Pantai Timur itu bagaikan tiada kesudahan apabila didakwa masih belum selesai biarpun saingan Liga Malaysia bakal masuk musim baharu.

Ia juga menyebabkan Kelantan FC terpaksa melupakan aksi Liga Super musim ini selepas mereka tidak diberikan lesen kebangsaan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kerana masalah tunggakan gaji itu.

Iklan

Malah, kelibat skuad The Red Warriors itu juga tidak dapat dipastikan dalam saingan Liga M3 musim depan biarpun Zamsaham memberikan jaminan pasukan itu tidak akan terkubur.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28